ad
PBT

MBSA bangun pelan tangani banjir di LKSA

27 Nov 2022, 2:22 AM
MBSA bangun pelan tangani banjir di LKSA

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 27 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan membangunkan pelan tindakan banjir di Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA) untuk keselesaan pengguna jalan raya serta penduduk sekitar.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata usaha terbabit dijalankan melalui memorandum persefahaman (MoU) bersama Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).

"Pelan tindakan banjir membabitkan Taman Sri Lembayung dan kawasan limpahan air di LKSA.

"Ia bagi memastikan langkah yang diambil ketika bencana banjir di kawasan itu dapat dilaksanakan dengan lebih komprehensif dan memberi manfaat kepada penduduk sekitar," katanya menerusi Facebook.

MoU tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohd Rashidi Ruslan bersama Pengurus Besar Operasi Prolintas Azmee Nin.

Dalam pada itu MBSA akan mengadakan program Pengurangan Gas Rumah Hijau dan Penyediaan Pelan Tindakan Perubahan Iklim Bandaraya Shah Alam dengan Global Covenant of Mayors for Climate Change & Energy Southest Asia.

Kerjasama itu diharapkan lebih banyak program dan aktiviti dirangka antara kedua-dua pihak bagi merealisasikan matlamat Sustainable Development of Goals (SDGs) dan Low Carbon Cities Framework (LCCF) Shah Alam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.