ADN

Belanjawan Selangor 2023 mesra rakyat, tiada negeri boleh lawan

27 Nov 2022, 12:05 AM
Belanjawan Selangor 2023 mesra rakyat, tiada negeri boleh lawan
Belanjawan Selangor 2023 mesra rakyat, tiada negeri boleh lawan

SHAH ALAM, 27 NOV: Belanjawan Selangor 2023 disifatkan mesra rakyat dan tidak meminggirkan mana-mana golongan dan kaum, kata wakil rakyat Meru.

Mohd Mokthar berkata imbuhan kepada penjawat awam sebanyak dua bulan setengah juga tanda penghargaan kepada kakitangan.

"Setakat ini saya rasa tiada mana-mana negeri mampu lawan Selangor berikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan setengah kepada penjawat awam.

[caption id="attachment_499663" align="alignleft" width="362"] ADN Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar bercakap kepada media selepas menyerahkan bantuan mewakili Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada mangsa ribut di Pusat Khidmat DUN Meru, Klang pada 13 Disember 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Ini tanda kita amat menghargai mereka dan ia bukan diberi kepada anggota perkhidmatan negeri sahaja sebaliknya penjawat awam yang gajinya dibayar kerajaan persekutuan turut menerima manfaat ini," katanya ketika dihubungi.

Manakala, Mohd Fakhrulrazi berkata Kerajaan Negeri turut tidak meminggirkan golongan agamawan dengan memperkasa pelbagai manfaat dan insentif kepada mereka.

"Contohnya kenaikan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) kepada RM1,500 itu juga dapat meringankan beban guru ini kerana rata-rata mereka adalah daripada golongan berpendapatan rendah (B40).

"Saya berharap dengan kenaikan ini dapat membantu guru Kafa lebih produktif dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka," katanya lagi.

Pada Jumaat, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2023 bertemakan #KitaSelangor: Melonjak Kemajuan, Mengerat Perpaduan, Menjayakan Harapan.

Menerusi belanjawan itu, Kerajaan Negeri memperuntuk RM2.45 bilion dalam Belanjawan 2023 sebagai persediaan mendepani kelembapan ekonomi tahun depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619