AGENDA

Peruntukan RM4.5 bilion tangani isu pelupusan sampah

26 Nov 2022, 8:20 AM
Peruntukan RM4.5 bilion tangani isu pelupusan sampah

OLEH SITI ROHAIZAH ZAINAL

SHAH ALAM, 26 NOV: Dana RM4.5 bilion diperuntuk bagi pelaburan dan pembangunan prasarana untuk Projek Selangor Green Energy Ecopark di Rawang.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan Kerajaan Negeri melalui KDEB Waste Management (KDEBWM) meluluskan cadangan projek tersebut yang berkeluasan 245 ekar.

Katanya, projek berkenaan dijangka mempercepat penggunaan teknologi moden dalam menangani isu pelupusan sampah berikutan tapak sedia ada tidak dapat menampung sisa yang dijana pada masa hadapan.

"Oleh itu, teknologi projek sisa kepada tenaga (WTE) disyorkan dalam projek ini tanpa keperluan tanah yang luas dan tidak memberi kesan kepada alam sekeliling.

"Teknologi WTE mampu menghasilkan tenaga elektrik daripada sampah yang dibakar seterusnya menyediakan penyelesaian jangka panjang untuk pengurusan sisa pepejal," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

Beliau menambah pelaksanaan projek itu dijangka mengurangkan sisa buangan di tapak pelupusan sebanyak 85 peratus pada masa hadapan selain mengurangkan kebergantungan kepada tanah pelupusan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619