AGENDA

Tabung RM7 juta pulih projek terbengkalai, bantu pembeli miliki rumah

26 Nov 2022, 4:39 AM
Tabung RM7 juta pulih projek terbengkalai, bantu pembeli miliki rumah

SHAH ALAM, 26 NOV: Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT) yang berbaki RM6.98 juta akan digunakan tahun depan bagi membantu memulihkan projek terbengkalai.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata tabung itu membantu pembeli memiliki rumah idaman yang terbengkalai atau prasarana terbiar selain mengurangkan jumlah projek sedemikian di Selangor.

"Sehingga kini, dua projek melibatkan 274 unit sedang dipulihkan melalui tabung ini untuk kerja pembaikan kemudahan prasarana luaran projek pembesaran kampung," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

Beliau menjelaskan pemilihan itu melibatkan Taman Desa Mawar, Kuala Selangor berjumlah RM6.36 juta dan Kampung Koskan, Hulu Selangor (RM4.65 juta) yang dijangka selesai pada suku pertama tahun depan.

Jelas Amirudin, Kerajaan Negeri menyasarkan anggaran baki dana TEPAT digunakan bagi pemulihan prasarana dan keperluan lain berkaitan projek terbengkalai yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan.

Beliau juga menambah dana RM2 juta disediakan untuk memulihkan projek terbengkalai dalam pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) iaitu:

- Menyiapkan prasarana sistem pembentungan dan kerja memperoleh kelulusan pelan bangunan serta perakuan siap dan pematuhan (CCC) bagi projek Taman Nustalgia, Seksyen 32 Shah Alam

- Kerja penurapan Jalan, kerja loji Indah Water Konsortium, kerja baik pulih bangunan bagi projek Taman Andaman 5, Seksyen 30 Shah Alam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619