AGENDA

MB ucap selamat maju jaya, harap Selangor FC rampas semula Piala Malaysia

26 Nov 2022, 4:01 AM
MB ucap selamat maju jaya, harap Selangor FC rampas semula Piala Malaysia

SHAH ALAM, 26 NOV: Dato’ Menteri Besar mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan bola sepak Selangor FC yang bakal berentap dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.

Pasukan berkenaan bakal bertemu dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berharap piala bersejarah yang ke-34 tahun itu dapat dirampas kembali selepas kali terakhir dijulang Selangor pada tahun 2015.

"Selamat maju jaya buat pasukan Merah Kuning Selangor FC yang akan berentap di perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2022.

"Rakyat Selangor sentiasa mendoakan kejayaan anda. Insya-Allah Piala Malaysia ke 34, Bring it home! (bawa pulang!), tulisnya di Facebook.

Kali terakhir Selangor menjulang Piala Malaysia adalah pada tahun 2015 dengan menundukkan Kedah 2-0.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619