AGENDA

Dana RM25 juta perkenal khidmat van transit atas permintaan

26 Nov 2022, 3:14 AM
Dana RM25 juta perkenal khidmat van transit atas permintaan

SHAH ALAM, 26 NOV: Selangor memperkenal perkhidmatan van transit atas permintaan bagi melengkapkan ekosistem pengangkutan awam di negeri ini.

Dato' Menteri Besar Dato Seri Amirudin menjelaskan van transit atas permintaan (Demand-Responsive Transit) atau DRT berfungsi berdasarkan permintaan menerusi aplikasi penghalaan pintar, bukan seperti bas henti-henti.

"Perkhidmatan ini boleh melengkapi sistem Bas Smart Selangor yang tidak mampu untuk mencapai laluan-laluan yang sempit dan berkepadatan padat," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

Beliau berkata perkhidmatan itu antara usaha baharu sistem pengangkutan awam yang dikenali sebagai Selangor Mobiliti, sistem pengangkutan awam yang menggabungkan semua bawah satu bumbung dan dipandu analisis data.

Katanya, fasa pertama sistem itu, tidak hanya fokus mod pengangkutan semata-mata seperti sistem bas, rel, teksi mahupun e-panggilan, bermula seawal suku pertama tahun depan menerusi peruntukan RM25 juta.

"Sebaliknya dirangkum di dalam satu ekosistem yang merangkumi infrastruktur lain seperti perhentian bas, hub pengangkutan awam, mikromobiliti, e-scooter dan laluan pejalan kaki," katanya

"Sudah tiba masanya Kerajaan Negeri melangkah ke depan dengan mencari penyelesaian yang lebih proaktif bagi mencapai sasaran penggunaan pengangkutan awam daripada 20 peratus kepada 40 peratus pada 2035.

"Ini mendorong penggunaan pengangkutan awam seterusya mengurangkan kesesakan lalu lintas," katanya sambil menambah perkhidmatan Bas Smart Selangor masih diteruskan dan ditambah baik.

Amirudin menambah pembaharuan berkenan didorong pertumbuhan kepadatan Selangor yang mencapai angka dua digit sejak dekad lalu iaitu 7.04 juta penduduk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619