AGENDA

Tun M ucap tahniah, selamat maju jaya kepada Anwar

25 Nov 2022, 4:36 AM
Tun M ucap tahniah, selamat maju jaya kepada Anwar

KUALA LUMPUR, 25 NOV: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ucapan tahniah bekas perdana menteri itu disampaikan menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

“Saya ucap tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Selamat maju jaya,” kata Dr Mahathir dalam hantaran itu.

Anwar, 75, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, semalam. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619