AGENDA

Pasang papan iklan serata DUN, perluas hebahan program negeri kepada rakyat

24 Nov 2022, 10:44 AM
Pasang papan iklan serata DUN, perluas hebahan program negeri kepada rakyat

SHAH ALAM, 24 NOV: Kerajaan Negeri berhasrat memasang papan iklan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menghebahkan program yang ditawarkan kepada rakyat.

Dato' Menteri Besar berkata perkara itu akan diusahakan anak syarikat bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Media Selangor Sdn Bhd (Media Selangor).

"Saya ambil maklum cadangan wakil rakyat mahukan perkara ini kerana pengendalian papan iklan dilihat mampu memperkemas dan memperluas penyebaran maklumat Kerajaan Negeri.

"Saya memang minta Media Selangor (usahakan) paling kurang satu Ahli Dewan Negeri satu papan iklan bukan untuk menjana pendapatan tetapi bertujuan menyebarkan maklumat Kerajaan Negeri," katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjelaskan program Kerajaan Negeri sering diuar-uarkan menerusi pelbagai platform termasuk Media Selangor yang memiliki portal dan akhbar empat edisi bahasa (Bahasa Melayu, Mandarin, Inggeris dan Tamil).

"Ia termasuk juga dalam video di SelangorTV serta pelbagai media sosial termasuk Instagram, TikTok, Twitter dan sebagainya.

"Malahan, dalam beberapa bulan lepas saya melihat perkembangan TikTok (Media Selangor) sangat baik melebihi dari pengendali media sedia ada," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619