AGENDA

Ban pecah di Tanjong Karang, 111 mangsa ditempatkan ke dua pusat pemindahan

23 Nov 2022, 10:59 AM
Ban pecah di Tanjong Karang, 111 mangsa ditempatkan ke dua pusat pemindahan

SHAH ALAM, 23 NOV: Seramai 111 penduduk di Kampung Baru Lembah Pantai dan Kampung Ban RB Sungai Sireh, Tanjong Karang dipindahkan selepas kediaman mereka dilanda banjir akibat ban pecah, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata semua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Baru Lembah Pantai dan Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh, lapor Berita Harian.

"Untuk lokasi pertama di Kampung Baru Lembah Pantai, pihak bomba dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 4.47 pagi.

"Hasil pemeriksaan mendapati kawasan rumah dihuni 92 penduduk dinaiki air yang mencecah 0.5 meter. Banjir berlaku berikutan ban pecah di lokasi berhampiran susulan hujan lebat berterusan sejak 2 pagi tadi," kata Norazam Khamis.

Beliau berkata kejadian sama dilaporkan berlaku di Kampung Ban RB, Sungai Sireh pada 7.30 pagi, yang menyebabkan kediaman 19 penduduk dinaiki air sedalam 0.2 meter.

"Semua penduduk dinasihatkan mematuhi arahan pemindahan daripada pihak berkuasa bagi mengelak insiden tidak diingini," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619