AGENDA

10 ADUN angkat sumpah sebagai EXCO Kerajaan Perak

22 Nov 2022, 5:53 AM
10 ADUN angkat sumpah sebagai EXCO Kerajaan Perak

KUALA KANGSAR, 22 NOV: Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (EXCO) di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Mereka merupakan tiga ADUN Barisan Nasional (BN) daripada Umno manakala Pakatan Harapan (HARAPAN) diwakili empat daripada DAP, dua Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan seorang daripada Amanah yang telah diperkenan oleh Sultan Nazrin.

Mewakili Umno adalah ADUN Lintang Datuk Mohd Zolkafly Harun, Salbiah Mohamed (Temengor) dan Khairudin Abu Hanipah (Belanja).

ADUN PKR ialah Mohd Azlan Helmi (Tualang Sekah) dan Sandrea Ng Shy Ching (Teja) manakala Amanah, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (Sungai Rapat).

DAP pula diwakili bekas Exco kerajaan negeri A. Sivanesan yang juga ADUN Sungkai, Loh Sze Yee (Jalong), Teh Kok Lim (Aulong) dan Woo Kah Leong (Pasir Bedamar).

Kesemua mereka kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Semalam ADUN Kota Tampan Datuk Seri Saarani Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-14 penggal baharu di hadapan Sultan Nazrin.

PH dan BN bersetuju menjalin kerjasama membentuk kerajaan negeri selepas masing-masing mendapat 24 serta sembilan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 manakala Perikatan Nasional memperoleh 26 kerusi.

Berikut senarai penuh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak:

1. Datuk Mohd Zolkafly Harun (BN-Umno) DUN Lintang

2. Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (HARAPAN-Amanah) DUN Sungai Rapat

3. A.Sivanesan (HARAPAN-DAP) DUN Sungkai

4.Loh Sze Yee (HARAPAN-DAP) DUN Jalong

5. Salbiah Mohamed (BN-Umno) DUN Temengor

6. Teh Kok Lim (HARAPAN-DAP) DUN Aulong

7. Sandrea Ng Shy Ching (HARAPAN-KEADILAN) DUN Teja

8. Khairudin Abu Hanipah (BN-Umno) DUN Belanja

9. Mohd Azlan Helmi (HARAPAN-KEADILAN) DUN Tualang Sekah

10. Woo Kah Leong (HARAPAN-DAP) DUN Pasir Bedamar

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619