AGENDA

Peserta cilik hasil baja dari kangkung dalam program sains anjuran UPM

22 Nov 2022, 5:15 AM
Peserta cilik hasil baja dari kangkung dalam program sains anjuran UPM

SHAH ALAM, 22 NOV: Menghasilkan baja dari kangkung dan gula merah antara uji kaji dilakukan peserta berusia empat hingga 12 tahun pada program Lil Scientist@SCi-Tizen 2 di Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.

Program anjuran Jabatan Kimia Fakulti Sains UPM dan Kelab Mahasiswa Kimia Fakulti Sains dan Unit Organik disertai 130 kanak-kanak dan dibantu pensyarah serta pelajar.

Ketua program Dr Nadiah Mad Nasir berkata peserta didedahkan dengan pembelajaran secara interaktif untuk menarik minat kepada bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

"Kanak-kanak diberi peluang sendiri untuk melakukan eksperimen yang membantu meningkatkan kemahiran psikomotor seperti penyelarasan, ketepatan, pemerhatian dan sentuhan.

"Antara bahan telah dihasilkan termasuk baja diperbuat dari bahan kitar semula iaitu sisa sayur kangkung yang ditambah dengan gula merah," katanya ketika dihubungi Selangorkini hari ini.

Antara lain peserta juga melakukan uji kaji penghasilan penyegar udara dari garam, sabun, model roket dan cecair pembunuh kuman menggunakan minyak pati.

Dr Nadiah berkata program itu turut melatih ahli akademik dan mahasiswa terbabit untuk lebih peka kepada keadaan semasa dan meningkatkan mutu komunikasi dengan masyarakat.

"Kita mahu melahirkan masyarakat mempunyai sifat kesukarelawanan tinggi, merendah diri dan sentiasa berkongsi ilmu," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619