EXCO

EXCO: Lebih 300 individu hubungi Talian SEHAT, luah masalah kepada kaunselor

21 Nov 2022, 7:38 AM
EXCO: Lebih 300 individu hubungi Talian SEHAT, luah masalah kepada kaunselor

SHAH ALAM, 21 NOV: Lebih 300 individu menghubungi Talian SEHAT untuk berkongsi masalah dan meminta pandangan kaunselor bertauliah sepanjang tahun ini.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata kebanyakan individu yang mendapatkan perkhidmatan tersebut mempunyai masalah tempat kerja, rumah tangga dan keadaan sekeliling.

"Setakat ini lebih 300 panggilan kita terima, data terperinci saya kongsikan dalam sidang Dewan Negeri Selangor beberapa hari sahaja lagi.

"Saya menyeru masyarakat yang menghadapi tekanan perasaan segera hubungi Talian SEHAT kerana pihak kami akan cuba sedaya upaya membantu," katanya kepada Selangorkini hari ini.

Talian SEHAT diwujudkan awal Jun lalu yang dikendalikan oleh kaunselor berpengalaman untuk mendengar dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

SEHAT boleh diakses menerusi aplikasi SELangkah yang menyediakan saringan kesihatan mental, saringan risiko, video psikopendidikan, portal WhatsDoc dan skala literasi kesihatan mental.

Program itu membolehkan pengguna mengetahui tahap kesihatan mental menerusi saringan awal ‘skala tekanan’ dan ‘pemeriksaan risiko’ secara kendiri

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619