AGENDA

Kemenangan rakyat di Gombak, Amirudin azam tunai amanah sedaya upaya

20 Nov 2022, 4:13 AM
Kemenangan rakyat di Gombak, Amirudin azam tunai amanah sedaya upaya
Kemenangan rakyat di Gombak, Amirudin azam tunai amanah sedaya upaya

SHAH ALAM, 20 NOV: Dato’ Seri Amirudin Shari yang dipilih sebagai ahli Parlimen Gombak baharu pada pilihan raya umum ke-15 semalam tekad menjalankan amanah itu dengan sedaya upayanya.

Beliau yang juga Dato’ Menteri Besar berterima kasih kepada pengundi atas sokongan sehingga berjaya menewaskan penyandang tiga penggal Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

“Amanah dan tanggungjawab ini akan digalas dengan sepenuh daya upaya.

“Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat demi Gombak yang bermaruah dan lebih baik,” katanya di Facebook hari ini.

[caption id="attachment_550952" align="aligncenter" width="737"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dato' Seri Amirudin Shari diumumkan pemenang kerusi Parlimen Gombak pada penjumlahan rasmi undi Pilihan Raya Umum ke-15 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak pada 19 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat menyumbang kemenangan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan menewaskan Mohamed Azmin dan empat pencabar lain dengan majoriti 12,729 undi di Gombak.

Mohamed Azmin yang mewakili Perikatan Nasional sebelum ini mengalihkan sokongannya hingga mengakibatkan kerajaan HARAPAN di Putrajaya tumbang pada Februari 2020.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619