AGENDA

PRU15: Proses pengundian individu positif Covid-19 lancar

19 Nov 2022, 5:58 AM
PRU15: Proses pengundian individu positif Covid-19 lancar

PETALING JAYA, 19 NOV: Proses pengundian melibatkan pesakit Covid-19 setakat tengah hari ini berjalan lancar di semua pusat pengundian, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata sekurang-kurangnya dua petugas kesihatan ditugaskan di setiap pusat pengundian kecuali di pusat-pusat kecil yang menempatkan satu petugas.

"Sebagai contoh, di pusat pengundian ini (SK Seksyen 7 Kota Damansara), ada 10 orang yang positif Covid-19 hadir (setakat 12 tengah hari). Pegawai saya maklumkan bahawa mereka memaklumkan bahawa positif Covid-19 dan dibenarkan mengundi dan terus balik. Semuanya lancar,” katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian di SK Seksyen 7 Kota Damansara di sini.

Menurut Khairy, pengundi yang positif Covid-19 akan menunjukkan status positif mereka di MySejahtera sebaik tiba di pusat mengundi dan terus dibawa masuk untuk mengundi, kemudian balik.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata individu yang positif virus itu perlu mematuhi beberapa garis panduan untuk mengundi, termasuk penjarakan fizikal dan tidak dibenarkan menaiki pengangkutan awam.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619