AGENDA

MB gesa keluar awal, hujan sebelah petang sukarkan pengundi

18 Nov 2022, 2:49 PM
MB gesa keluar awal, hujan sebelah petang sukarkan pengundi

GOMBAK, 18 NOV: Dato’ Seri Amirudin Shari mengingatkan orang ramai keluar awal di sebelah pagi untuk membuang undi esok kerana ribut petir diramal melanda semua tempat pada petang.

“Setiap undi penting untuk memastikan suara anda didengar bagi menentukan masa depan negara.

“Tolong datang waktu pagi kerana hujan dijangka pada petang yang akan menyulitkan proses mengundi,” kata Dato’ Menteri Besar selepas majlis ramah mesra bersama Pertubuhan Pewaris Anak-Anak Melayu Gombak (Pewarga) di sini hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 14 November memaklumkan hujan dijangka berlaku pada sebelah pagi di kawasan parlimen Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kapar, Klang dan Kuala Langat.

Dalam makluman sama, cuaca mendung pula diramal akan berlaku di Sungai Besar, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Shah Alam dan Kota Raja. Di kawasan lain dijangka tiada hujan di sebelah pagi.

Bagaimanapun, pada sebelah petang semua kawasan termasuk Selayang, Gombak, Ampang, Pandan, Hulu Langat, Bangi, Puchong, Subang, Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh dan Sepang mengalami ribut petir.

Untuk maklumat lanjut, ramalan ini boleh didapati di laman web MetMalaysia pada pautan berikut: https://www.met.gov.my/info/pru15/

Amirudin yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai calon nombor dua dalam kertas undi berdepan empat lagi pencabar bagi Parlimen Gombak.

Beliau mencabar Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang mengalih sokongan hingga mengakibatkan kerajaan HARAPAN di Putrajaya tumbang pada Februari 2020.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619