AGENDA

SPR: Pusat mengundi SJKC Dengkil ditukar ke SRA Dengkil

18 Nov 2022, 9:34 AM
SPR: Pusat mengundi SJKC Dengkil ditukar ke SRA Dengkil

SHAH ALAM, 18 NOV: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pusat mengundi bagi Parlimen Sepang yang baharu adalah di Sekolah Rendah Agama (SRA) Dengkil.

SPR dalam kenyataan memaklumkan pertukaran itu disebabkan tempat asal mengundi iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKC) Dengkil dinaiki air banjir kilat semalam.

"Pihak kami juga telah membuat lawatan tapak ke lokasi berkaitan di sekolah itu.

"SPR memutuskan bahawa sekolah berkenaan tidak sesuai lagi dijadikan pusat mengundi pada pilihan raya umum ke-15 esok," katanya.

SPR menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU15.

PRU15 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15) serta turut diadakan serentak ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619