AGENDA

Seorang maut dalam kemalangan babitkan tiga treler, dua kenderaan

18 Nov 2022, 12:34 AM
Seorang maut dalam kemalangan babitkan tiga treler, dua kenderaan

IPOH, 18 NOV: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk tiga treler di KM382.3 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Selatan, berhampiran Slim River, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat perkak negeri berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 1 pagi tadi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River dikerahkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan tiga treler muatan besi, sebuah Nissan X-trail dan Proton Iris. Seorang lelaki berumur 44 tahun tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan yang turut dikejarkan ke tempat kejadian.

“Mangsa yang tersepit telah dikeluarkan dengan peralatan khas dan penggunaan dua kren. Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga kini, tiada maklumat lanjut berkaitan mangsa yang maut itu dan mayat dibawa ke hospital berhampiran untuk bedah siasat.

Menurut Twitter Plus, kemalangan itu menyebabkan kesesakan sejauh empat kilometer berikutan kesemua lorong terhalang dan kerja pengalihan kenderaan terlibat kemalangan sedang dilakukan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619