AGENDA

SPR perlu nyata lebih awal jika mahu tunda PRU di kawasan banjir

17 Nov 2022, 12:17 PM
SPR perlu nyata lebih awal jika mahu tunda PRU di kawasan banjir

BUKIT MERTAJAM, 17 NOV: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa membuat ketetapan awal sekiranya wujud keperluan menunda pilihan raya umum ke-15 (PRU15) di kawasan yang dilanda banjir.

Nurul Izzah Anwar yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh berkata SPR perlu membuat pengumuman sekarang bagi memudahkan calon dan pengundi.

“SPR perlu dilihat sebagai objektif dan profesional, oleh itu mereka perlu memberi ketetapan yang awal dan bukan pada saat-saat akhir,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Nurul Izzah turut mempersoal keputusan SPR mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan status PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai, esok, hanya sehari sebelum hari pengundian yang disifatkannya sebagai lewat.

“Kita ingin lihat SPR memberikan ketetapan yang awal dan bukannya sehari sebelum mengundi. SPR perlu berada di hadapan sebarang masalah yang mungkin berlaku,” katanya.

Mesyuarat SPR itu diadakan berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen berkenaan, M. Karupaiya, semalam.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619