AGENDA

Calon HARAPAN Kuala Langat didik kaedah betul elak undi rosak

17 Nov 2022, 11:18 AM
Calon HARAPAN Kuala Langat didik kaedah betul elak undi rosak

KUALA LANGAT, 17 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Kuala Langat Manivanan Gowin berkongsi kaedah pengundian yang betul menjelang pilihan raya umum Sabtu ini.

Beliau menjelaskan inisiatif itu untuk memastikan pengundi lebih berhati-hati dan tidak membuat kesilapan kecil yang boleh mengakibatkan kertas undi rosak.

"Pengundi perlu berhati-hati terutama di saluran satu dan dua kerana sebelah tangan memegang kertas undi sementara sebelah tangan lagi jari dicelup dakwat." katanya ditemui hari ini.

"Jika mereka silap dan mengotorkan kertas undi, ia akan mengakibatkan undi rosak. Jadi penting untuk menyampaikan maklumat dan mengingatkan masyarakat. Hal ini banyak ditanya anak muda kerana mereka pengundi kali pertama."

Beliau yang ditemui ketika berkempen di sini turut menyeru orang ramai supaya keluar mengundi dan memberi sokongan kepada HARAPAN untuk membentuk kerajaan berintegriti.

"Proses pengundian hanya seketika dan hanya sekali dalam tempoh lima tahun. Biarpun hanya satu undi, tetapi menjadi tanggungjawab semua menjalankan kewajipan," kata Manivanan.

Dalam pilihan raya kali ini, beliau melawan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (Perikatan Nasional) dalam saingan enam penjuru.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619