AGENDA

Mat Sabu tinggal kempen di Temerloh, bergegas lawat mangsa bah di Kota Raja

17 Nov 2022, 9:51 AM
Mat Sabu tinggal kempen di Temerloh, bergegas lawat mangsa bah di Kota Raja

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 17 NOV: Mohamad Sabu bergegas dari Pahang bagi melawat mangsa banjir di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Parlimen Kota Raja, di sini pagi tadi.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Kota Raja berkata beliau berada di Temerloh semalam untuk berkempen namun memutuskan pulang selepas dimaklumkan mengenai bencana alam itu.

"Mendapat khabar berita yang kurang baik beberapa kawasan Parlimen Kota Raja dilanda banjir lagi akibat hujan turun sangat lebat," katanya menerusi Facebook.

Beberapa kawasan di parlimen berkenaan terjejas banjir kilat antaranya Kampung Johan Setia, Kampung Bukit Lanchong dan Kampung Jalan Kebun.

Mat Sabu tekad menangani masalah banjir di Kota Raja bagi jangka masa panjang jika diberi mandat dalam pilihan raya umum, Sabtu ini.

"Namun menangani masalah banjir dalam tempoh jangka masa pendek, saya minta pihak Kerajaan Negeri Selangor memastikan kerja-kerja dapat disegerakan," ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619