AGENDA

Dua kampung terjejas banjir di Dengkil, 80 rumah terlibat

17 Nov 2022, 5:36 AM
Dua kampung terjejas banjir di Dengkil, 80 rumah terlibat
Dua kampung terjejas banjir di Dengkil, 80 rumah terlibat

SHAH ALAM, 17 NOV: Sebanyak 80 rumah membabitkan dua kampung di Dengkil terjejas akibat banjir disebabkan hujan lebat serta limpahan air dari ban tanah yang pecah pagi tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi Facebook memaklumkan kawasan yang terjejas itu ialah Kampung Seri Tanjung membabitkan 50 rumah dan Kampung Chemperai, 30 rumah.

"Limpahan air dari ban tanah yang pecah di Kampung Seri Tanjung menyebabkan kawasan itu dinaiki air dan pada jam 8 pagi paras air Sungai Langat merekodkan 8.2 meter dan berada pada paras bahaya," katanya.

[caption id="attachment_550141" align="aligncenter" width="559"] Ban tanah yang pecah menyebabkan banjir berlaku di Kampung Seri Tanjung, Dengkil pada 17 November 2022. Foto Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara[/caption]

Menurut kenyataan itu lagi banjir di Kampung Chemperai berpunca daripada hujan lebat di kawasan hulu lembangan Sungai Langat dan aras sungai Parit Tampoi yang tinggi.

Katanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah mengambil tindakan perlu serta ban yang pecah dalam proses pembaikan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619