AGENDA

Banjir: MB turun padang tinjau situasi di Klang jam 2 pagi

17 Nov 2022, 1:31 AM
Banjir: MB turun padang tinjau situasi di Klang jam 2 pagi

SHAH ALAM, 17 NOV: Dato' Menteri Besar turun padang meninjau keadaan di Taman Melawis, Klang dan kawasan berhampiran sekitar jam 2 pagi tadi susulan hujan lebat berterusan di negeri ini.

Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan pihaknya memantau keadaan pam air di Taman Melawis dan mendapati ia berfungsi dengan baik namun taburan hujan yang tinggi menyebabkan air naik di kawasan perumahan.

Justeru, beliau berkata arahan dikeluarkan kepada pihak berkaitan supaya bantuan segera dihulurkan kepada penduduk terlibat.

"Jam 2 pagi saya di pam air Taman Melawis. Pam ini berfungsi dengan baik ketika ini tetapi taburan hujan yang tinggi menyebabkan air naik di kawasan perumahan. Arahan telah diberikan utk bantuan segera kepada para penduduk.

"Jam 2.45 pagi saya turun di Taman Melawis melihat keadaan banjir bersama YDP (yang dipertua) Majlis Perbandaran Klang, pihak JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) dan persatuan penduduk.

"Projek tebatan banjir telah dimulakan namun menghadapi kesukaran. Saya akan berhubung dgn pihak KTM esok untuk menyelesaikan masalah ini," katanya menerusi Facebook.

Pada 11 November, Amirudin menyifatkan pembubaran parlimen ketika musim banjir bagi mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sebagai satu kesilapan.

Menurut beliau, bencana yang berlaku bukan hanya menyebabkan mangsa terganggu malah pegawai daerah yang terlibat dalam pilihan raya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619