AGENDA

Tanah runtuh, sebahagian rumah Orang Asli di Simpang Pulai tertimbus

16 Nov 2022, 11:30 PM
Tanah runtuh, sebahagian rumah Orang Asli di Simpang Pulai tertimbus

IPOH, 17 NOV: Sebahagian daripada beberapa rumah Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai di sini tertimbus akibat kejadian tanah runtuh petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 10.05 malam.

"Kami segera mengerahkan sepasukan anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai ke lokasi bagi kerja menyelamat," katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut jurucakap itu, kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan pihak Jabatan Kerja Raya telah dimaklumkan bagi tindakan lanjut.

Beliau berkata operasi masih diteruskan sehingga kini bagi memantau keselamatan di kawasan sekitar.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619