AGENDA

Isu milikan tanah Sungai Buaya selesai, lebih 3,000 individu terima geran

16 Nov 2022, 8:09 AM
Isu milikan tanah Sungai Buaya selesai, lebih 3,000 individu terima geran

Oleh Diana Abd Wahab

HULU SELANGOR, 16 NOV: Seramai 3,580 penduduk Bandar Sungai Buaya di sini, akan menerima surat hak milik tanah secara berperingkat yang dijangka selesai sepenuhnya menjelang Mac tahun depan.

Dato' Menteri Besar berkata pihaknya komited menyelesaikan isu tersebut sekali gus melegakan penduduk yang terpaksa menunggu selama 24 tahun untuk memiliki geran hak milik individu.

"Untuk hari ini, seramai 100 penduduk Bandar Sungai Buaya menerima surat kelulusan hak milik tanah. Baki penduduk akan menerima mulai Disember hinggalah akhir Februari atau awal Mac 2022.

"Urusan kaveat dilaksanakan pada 2018 dan pada November lalu penyelesaian untuk penduduk diperoleh menerusi perintah mahkamah," katanya selepas merasmikan Dataran Niaga Serendah di sini, hari ini.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata hak pemilikan penduduk dinafikan akibat kecuaian dan kegagalan pelaksana pembangunan di kawasan tersebut menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

"Selangor sentiasa berusaha memastikan isu tanah diselesaikan dan hak milik semua penduduk dapat didaftarkan.

“Pemberian geran hak milik atau penyelesaian urusan tanah membolehkan urusan seperti pindah milik atau tanah pusaka dilaksanakan dengan mudah,” katanya.

Bandar Sungai Buaya pada asalnya adalah kawasan felda yang dibatalkan pewartaan Akta Tanah (kawasan penempatan berkelompok) 1960 pada 1995.

Pembatalan itu selaras pemohonan daripada pemilik tanah bagi membolehkan kawasan terbabit dibangunkan namun pemaju yang dilantik gagal memajukan akibat kemelesetan ekonomi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619