AGENSI

Yide hulur bantuan kepada 58 mangsa banjir di Kuala Selangor

16 Nov 2022, 4:44 AM
Yide hulur bantuan kepada 58 mangsa banjir di Kuala Selangor

SHAH ALAM, 16 NOV: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyalurkan bantuan kepada 18 keluarga melibatkan 58 mangsa banjir di Kuala Selangor dekat sini semalam.

Yide memaklumkan bantuan skuad prihatin itu disampaikan Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisitinya Md Arifin Jaafar kepada mereka yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) (SRJKC) Yuk Chih, Bestari Jaya.

"Kita mendoakan mangsa tabah dalam menghadapi ujian Allah dan mengharapkan agar dijauhkan daripada musibah banjir yang besar.

"Terima kasih kepada orang ramai yang membantu YIDE dalam menyalurkan infaq dan alhamdulillah hari ini (semalam) sumbangan kalian telah disalurkan," katanya menerusi Facebook.

Semalam, beberapa kawasan di Kuala Selangor ditenggelami air akibat hujan lebat dan kesemua mangsa terjejas ditempatkan di tiga PPS yang merekodkan seramai 45 keluarga.

Orang ramai berminat menyalurkan infaq bagi membantu mangsa musibah boleh berbuat demikian menerusi https://yide.com.my/donations/infaq-dana-musibah/ .

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619