AGENDA

SPR: Hampir 95 peratus tunai tanggungjawab undi awal hari ini

15 Nov 2022, 1:47 PM
SPR: Hampir 95 peratus tunai tanggungjawab undi awal hari ini

KUALA LUMPUR, 15 NOV: Sejumlah 94.72 peratus atau 212,961 pengundi melibatkan anggota keselamatan dan pasangan telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15, dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, di Sabah hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan malam ini berkata proses pengundian awal itu membabitkan anggota tentera dan pasangan, anggota polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan.

Justeru beliau berkata SPR merakamkan ucapan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik bagi proses pengundian awal itu yang bermula 8 pagi.

"Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Penerangan, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR," katanya.

SPR menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan PRK DUN Bugaya. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619