AGENDA

Jentera HARAPAN Sungai Buloh ganda usaha dekati penduduk, manfaat tiga hari terakhir

15 Nov 2022, 10:12 AM
Jentera HARAPAN Sungai Buloh ganda usaha dekati penduduk, manfaat tiga hari terakhir
Jentera HARAPAN Sungai Buloh ganda usaha dekati penduduk, manfaat tiga hari terakhir

PETALING, 15 NOV: Jentera Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sungai Buloh menggandakan usaha mendekati penduduk sebagai pecutan terakhir sebelum hari pengundian pillihan raya umum ke-15 Sabtu ini.

Calon Datuk R Ramanan berkata lebih seminggu berkempen, pihaknya sudah menjelajah hampir keseluruhan 28 pusat daerah mengundi bagi meraih sokongan.

“Saya berasa lega kerana esok Datuk Seri Anwar Ibrahim (pengerusi HARAPAN) akan datang membantu kempen di sini. Saya yakin kehadirannya membawa gelombang sokongan yang besar.

“Kita yakin mampu pertahankan kerusi HARAPAN di Parlimen ini. Dalam tempoh beberapa hari ini jentera akan terus berusaha dengan lebih kuat,” katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_549262" align="aligncenter" width="714"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sungai Buloh Datuk R Ramanan bersarapan bersama penduduk Kg Melayu Subang di Warung Subang Pit Stop, Kg Melayu Subang pada 11 November 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Ramanan berkata enam tawaran yang terkandung dalam manifestonya akan diberi perhatian memandangkan ia perkara nyata dihadapi penduduk Sungai Buloh.

Beliau yang menggantikan penyandang R Sivarasa bakal dicabar bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin daripada Barisan Nasional dan Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional).

Turut bertanding, Mohd Akmal Mohd Yusof (Pejuang), Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia) dan dua calon Bebas Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff dan Nurhaslinda Basri.

            http://

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619