AGENDA

Rodziah selesai isu air penduduk sebelum bertolak ke lokasi kempen

15 Nov 2022, 9:15 AM
Rodziah selesai isu air penduduk sebelum bertolak ke lokasi kempen

Oleh SHAMZ JOHAN

AMPANG JAYA, 15 NOV: Rodziah Ismail tiba lewat lebih 45 minit di lokasi kempen di Flat Taman Cahaya di sini kerana bergegas menyelesaikan isu air penduduk di kawasan lain.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Ampang berkata beliau terus bertolak ke Kampung Tasek Tambahan berjarak 3.5 kilometer dari taman perumahan itu sebaik menerima panggilan bagi menyegerakan bantuan.

“Maaf tiba lewat kerana ada masalah air tadi, jadi perlu selesaikan dulu. Saya dapat panggilan penduduk Kampung Tasek Tambahan, mereka minta bantuan masalah bekalan air.

“Saya terus menghubungi Air Selangor (Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd), mereka memberitahu sedang menyiasat punca (masalah).

"Alhamdulillah, Air Selangor telah menghantar lima lori tangki air, kerana masalah ini menyebabkan 700 penama terkesan,” katanya ketika bertemu penduduk pada Sabtu lalu.

Tambah Rodziah, seorang wakil rakyat seharusnya mempamerkan contoh urus tadbir yang baik dengan menangani masalah rakyat dengan cekap.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619