AGENDA

Meski berkerusi roda, anggota polis semangat keluar mengundi awal

15 Nov 2022, 6:48 AM
Meski berkerusi roda, anggota polis semangat keluar mengundi awal

SHAH ALAM, 15 NOV: Meski hadir berkerusi roda di pusat pengundian, seorang anggota polis tidak ketinggalan melaksanakan tanggungjawab mengundi awal bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sarjan Azmi Abdul Rani, 53, yang memakai topi lambang unit beruniform itu kelihatan bersemangat ketika tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada jam 9.30 pagi.

"Setakat ini saya belum pernah lagi ketinggalan untuk menjalankan tanggungjawab mengundi dan bersyukur masih diberi peluang walaupun keadaan kurang sihat.

"Kepada anak muda saya menyeru anda semua keluarlah mengundi Sabtu ini, tunaikan tanggungjawab dan undilah dengan bijak," katanya kepada SelangorKini.

Azmi menjelaskan beliau mula berkerusi roda awal tahun ini selepas menghidap kencing manis, angin ahmar dan darah tinggi sehingga tidak berdaya lagi untuk berjalan.

"Alhamdulillah proses pengundian berjalan lancar dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) banyak membantu dari mula sehingga habis," katanya.

Beliau yang sudah empat tahun berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam bakal bersara Mei tahun depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619