AGENDA

Tumpu masa depan rakyat, PRU15 bukan medan bincang siapa calon PM

15 Nov 2022, 6:00 AM
Tumpu masa depan rakyat, PRU15 bukan medan bincang siapa calon PM
Tumpu masa depan rakyat, PRU15 bukan medan bincang siapa calon PM

SHAH ALAM, 15 NOV: Pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bukan medan buat calon bertanding untuk berbincang menentukan siapa presiden parti atau bakal perdana menteri.

Sebaliknya, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor menegaskan pilihan raya merupakan detik penting yang menentukan masa depan negara ke arah lebih baik.

"PRU15 ini untuk menentukan masa depan negara, bukannya persoalan individu mana dan siapa. Kita bukannya hendak cari wakil rakyat yang bawa ke bulan atau 'tall', 'dark' dan 'handsome'.

[caption id="attachment_549702" align="alignleft" width="434"] Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap menerusi program Santai Bersama Dato' Menteri Besar di Saujana Utama pada 14 November 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Ini masa depan negara. Bukan hendak tentukan siapa jadi presiden Umno atau perdana menteri untuk 10 tahun akan datang," kata Dato' Seri Amirudin Shari dalam ceramah kelompok di sini malam tadi.

Beliau yang juga Dato' Menteri Besar menegaskan negara menjadi kelam kabut dalam tempoh hampir tiga tahun bawah pemerintahan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.

"Kedua-dua mengatakan mereka stabil makmur dan stabil bersih. Politik negara tidak pernah stabil sejak Februari 2020, namun tidak perlu diulas kerana yang lompat itu bertanding di Gombak.

"Sejak itu, negara berdepan pelbagai krisis dan cabaran antaranya politik lintang pukang, ekonomi, pandemik dan alam sekitar seperti banjir," tegas Amirudin.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada perpecahan dalam Barisan Nasional (BN) termasuk antara dirinya dan pengerusi gabungan itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga calon BN Bagan Datuk kemudian memaklumkan Ismail akan dilantik semula sebagai perdana menteri jika gabungan itu diberi mandat mengetuai kerajaan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619