AGENDA

MB sangkal tuduhan calon PN, kem Seksyen 16 bawah selenggara Kementerian Pertahanan

15 Nov 2022, 4:56 AM
MB sangkal tuduhan calon PN, kem Seksyen 16 bawah selenggara Kementerian Pertahanan

SHAH ALAM, 15 NOV: Dato' Menteri Besar menolak dakwaan calon Perikatan Nasional (PN) kononnya Kerajaan Negeri tidak menyelesaikan isu tanah membabitkan Kem Rejimen 502 Wataniah Shah Alam dekat Seksyen 16 di sini.

Dato' Seri Amirudin Shari juga menjelaskan semakan menunjukkan tiada sejarah permohonan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan ukur ada dibuat.

"Tiada sejarah beri milik kepada mana-mana pihak tanah berkenaan. Dari segi penyelenggaraan bangunan, ia bawah Kementerian Pertahanan," kata pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor itu menerusi Twitter hari ini.

Beliau menjawab tuduhan calon PN Shah Alam Dr Afif Bahardin yang mendakwa keadaan kem tersebut daif dan usang berikutan isu tanah di situ tidak selesai.

Dr Afif membuat kenyataan tersebut melalui media sosial sama ketika membuat tinjauan proses undi awal pagi ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619