AGENDA

Tawaran HARAPAN mampu dipenuhi jika tadbir negara satu penggal

15 Nov 2022, 3:02 AM
Tawaran HARAPAN mampu dipenuhi jika tadbir negara satu penggal
Tawaran HARAPAN mampu dipenuhi jika tadbir negara satu penggal

KUALA SELANGOR, 15 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) diyakini mampu memenuhi tawaran manifesto pilihan raya umum ke-15 (PRU15) jika diberi mandat menerajui Putrajaya.

Calon gabungan itu di Kuala Selangor berkata keyakinan bersandarkan prestasi HARAPAN yang melaksanakan 60 peratus daripada manifesto dalam tempoh 22 bulan mentadbir negara.

“Manifesto adalah diusul, dirancang untuk jangka waktu 60 bulan dan kita hanya dapat mentadbir (22 bulan). Ramai kawan-kawan menteri lain gigih menyusun atur dan mula melaksanakan (manifesto).

“Dalam 22 bulan sebenarnya kami melaksanakan sekitar 60 peratus daripada janji manifesto. Bayangkan jika diberi 60 bulan, saya yakin akan melepasi 100 peratus janji,” kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

[caption id="attachment_549648" align="aligncenter" width="735"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berucap pada majlis makan tengah hari di Dewan Orang Ramai, Kampung Bukit Kuching Tengah, Kuala Selangor pada 14 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Bercakap di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Kuching Tengah di sini semalam, bekas menteri kesihatan itu berkata pencapaiannya pada 2018 diteruskan bawah pentadbiran Barisan Nasional.

“Saya sendiri dalam (tempoh) 22 bulan memulakan inisiatif kesihatan yang hari ini dilangsungkan oleh menteri kesihatan daripada BN seumpamanya Peka B40.

“Beliau (dipercayai merujuk Khairy Jamaluddin) tidak rasa bersalah untuk meneruskan program dan dasar HARAPAN yang dianggap sangat baik,” kata Dr Dzulkefly.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619