AGENDA

Kota Raja jadi kubu kuat HARAPAN hasil kejayaan program negeri

14 Nov 2022, 8:56 AM
Kota Raja jadi kubu kuat HARAPAN hasil kejayaan program negeri
Kota Raja jadi kubu kuat HARAPAN hasil kejayaan program negeri
Kota Raja jadi kubu kuat HARAPAN hasil kejayaan program negeri

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 14 NOV: Pelbagai kemudahan dinikmati penduduk Selangor bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sejak 2008.

Calon kerusi Kota Raja Mohamad Sabu atau dikenali Mat Sabu berkata situasi itu mendorong ramai rakyat terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Negeri.

"Sokongan semakin mantap pada 2013 dan semakin kukuh pada 2018. Kota Raja kekal menjadi salah satu kubu kuat kita dengan sokongan rakyat serta kerjasama erat jentera parti," katanya di Facebook pada 13 November.

[caption id="attachment_537545" align="alignleft" width="345"]  Rafizi Ramli[/caption]

Calon kerusi Pandan Rafizi Ramli terus mendapat sokongan padu daripada penduduk meski beliau sibuk berkempen di seluruh negara.

"Suasana berkempen di Pandan memang tidak panas dari dulu pun. Saya tidak banyak berceramah atau berucap di Pandan, lebih kepada berjumpa pengundi pelbagai kaum dan usia.

[caption id="attachment_379867" align="alignright" width="348"] Gobind Singh Deo [/caption]

"Terima kasih kepada pengundi yang hadir untuk bertegur sapa dan masih ramai yang ingat saya semasa muda (10 tahun lepas) tatkala saya mula-mula bertanding di sini," katanya menerusi Facebook pada 13 November.

Calon kerusi Damansara Gobind Singh Deo pula berjanji memberi khidmat terbaik kepada pengundi jika terpilih sebagai ahli parlimen.

"Saya berterima kasih setiap sokongan dan dukungan setiap aktiviti ramah mesra bersama penduduk di Pasar Seri Setia, Sungai Way dan Pasar Basah Sea Park pada Ahad lepas," ujarnya di Facebook pada 13 November.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619