AGENDA

Rodziah: Rakyat adalah 'majikan', wakil rakyat pemberi khidmat

14 Nov 2022, 7:37 AM
Rodziah: Rakyat adalah 'majikan', wakil rakyat pemberi khidmat
Rodziah: Rakyat adalah 'majikan', wakil rakyat pemberi khidmat

Oleh Shamz Johan

AMPANG, 14 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Ampang menyifatkan rakyat adalah majikan manakala wakil rakyat adalah pemberi khidmat.

Rodziah Ismail berkata gaji wakil rakyat dibayar melalui cukai yang dipungut daripada rakyat bukannya untuk kepentingan pihak tertentu.

“Sebagai wakil rakyat, gaji saya dibayar daripada duit rakyat (cukai). Jadi saya insafi, rendah diri, maknanya mereka (rakyat) itu majikan sayalah," katanya ketika bertemu penduduk di Flat 5 Tingkat Taman Cahaya, Ampang, semalam.

Beliau berkata setiap wakil rakyat perlu ada pemikiran untuk bersedia membantu rakyat dalam apa jua keadaan.

“Inilah pemikiran yang perlu dibetulkan, yang perlu dibawa semua wakil rakyat. Tapi dalam masa sama, kita perlu (buat) atas dasar hormat dan wajar kita buat bersama,” katanya.

[caption id="attachment_549486" align="aligncenter" width="500"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Ampang Rodziah Ismail menyantuni penduduk Flat Taman Cahaya, Ampang
pada 13 November 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619