AGENDA

Keluar undi pagi, ribut petir sebelah petang di semua 22 kerusi Selangor

14 Nov 2022, 7:22 AM
Keluar undi pagi, ribut petir sebelah petang di semua 22 kerusi Selangor
Keluar undi pagi, ribut petir sebelah petang di semua 22 kerusi Selangor

SHAH ALAM, 14 NOV: Orang ramai di semua 22 kerusi parlimen di Selangor digalakkan keluar awal di sebelah pagi untuk membuang undi pada 19 November kerana ribut petir dijangka terjadi di semua tempat pada petang.

Pada sebelah pagi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini memaklumkan hujan pula dijangka berlaku di kawasan parlimen Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kapar, Klang dan Kuala Langat.

Dalam makluman sama, cuaca mendung pula diramal akan berlaku di Sungai Besar, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Shah Alam dan Kota Raja. Di kawasan lain dijangka tiada hujan di sebelah pagi.

Bagaimanapun, pada sebelah petang semua kawasan termasuk Selayang, Gombak, Ampang, Pandan, Hulu Langat, Bangi, Puchong, Subang, Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh dan Sepang mengalami ribut petir.

Untuk maklumat lanjut, ramalan ini boleh didapati di laman web MetMalaysia pada pautan berikut: https://www.met.gov.my/info/pru15/

"Teruskan mengikuti media sosial rasmi dan laman web kami di www.met.gov.my untuk informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat. Jalankan tugas dan penuhi hak anda. Selamat Mengundi Rakyat Malaysia," kata jabatan itu di Facebook.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619