AGENDA

Amirudin minta ibu bapa ingatkan anak 18 tahun keluar undi, pilih kerajaan

13 Nov 2022, 2:05 PM
Amirudin minta ibu bapa ingatkan anak 18 tahun keluar undi, pilih kerajaan
Amirudin minta ibu bapa ingatkan anak 18 tahun keluar undi, pilih kerajaan

Oleh Azian Aziz

GOMBAK, 13 NOV: Dato' Seri Amirudin Shari meminta ibu bapa mengingatkan anak yang berusia 18 tahun ke atas untuk keluar mengundi pada 19 November ini.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Gombak berkata golongan tersebut didapati masih tidak tahu tanggungjawab mereka untuk memilih kerajaan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

"Jadi saya minta tolong kepada para ibu untuk maklum pada anak-anak yang sudah cukup umur 18 tahun supaya keluar mengundi.

"Ini supaya kita dapat teruskan perubahan yang telah kita gembleng dan jaga di Gombak ini selama lebih 13 tahun yang lepas,” katanya selepas merasmikan Program Mini Karnival Wanita di Dewan JKP5, Taman Selasih di sini, hari ini.

Amirudin yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berdepan cabaran penyandang tiga penggal kerusi Parlimen Gombak iaitu Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mewakili Perikatan Nasional dan Datuk Megat Zulkarnain Omardin (Barisan Nasional).

Beliau turut berdepan dengan Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan seorang calon Bebas Zulkifli Ahmad.

[caption id="attachment_549374" align="aligncenter" width="500"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Gombak Dato' Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan peserta pertandingan bola tampar remaja sempena Mini Karnival Wanita di Taman Selasih, Gombak pada 13 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619