AGENDA

Undi HARAPAN, Selangor contoh terbaik jaga kebajikan rakyat

13 Nov 2022, 12:18 PM
Undi HARAPAN, Selangor contoh terbaik jaga kebajikan rakyat
Undi HARAPAN, Selangor contoh terbaik jaga kebajikan rakyat

SEPANG,13 NOV: Rakyat Selangor diharap mengundi calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi mengukuhkan kedudukan gabungan tersebut di negeri ini.

Calon Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu berkata Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran HARAPAN menyediakan pelbagai inisiatif kebajikan kepada rakyat yang tiada di negeri lain.

“Kerajaan HARAPAN di Selangor banyak mengadakan program kebajikan dan inisiatif kepada rakyatnya. Keuntungan dan kekayaan dikongsi dengan rakyat menerusi program kebajikan serta polisi yang hebat.

“Antara inisiatif dilaksanakan ialah saringan kesihatan, jualan murah dan banyak lagi program lain. Justeru, penting rakyat Selangor untuk pertahankan HARAPAN yang menjadi contoh terbaik menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau ditemui selepas hadir pertandingan e-sukan HARAPAN Sepang anjura di Salak Perdana Business Park di sini, hari ini.

Aiman Athirah disaingi bekas Menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Rina Harun (Perikatan Nasional) dan Anuar Basiran (Barisan Nasional) dalam saingan lapan penjuru.

[caption id="attachment_549359" align="aligncenter" width="500"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu menyantuni peniaga ketika program saringan kesihatan percuma di Tasik Kampung Abu Bakar Baginda, Sepang pada 13 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619