AGENDA

Tawar latihan kemahiran, pastikan belia Kuala Selangor ada kerja 

13 Nov 2022, 8:59 AM
Tawar latihan kemahiran, pastikan belia Kuala Selangor ada kerja 
Tawar latihan kemahiran, pastikan belia Kuala Selangor ada kerja 

KUALA SELANGOR, 13 NOV: Calon Pakatan Harapan Parlimen Kuala Selangor menawarkan latihan kemahiran pelbagai bidang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia adalah sebahagian tawaran dalam manifesto khusus bagi memastikan golongan belia mendapatkan pekerja selepas tamat latihan.

“Kemahiran asas ini penting terutama kepada mereka yang tak suka belajar. Bukan semua mahu teruskan pelajaran. Jadi mereka kena didedahkan dengan kemahiran untuk dapatkan kerja dan jawatan.

“Hari ini kita lihat ramai anak muda tidak suka pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Kita juga akan fokus ini kerana beri kerugian kepada negara. Kita mahu semai minat terhadap pendidikan STEM ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program bual bicara sempena pengajuran Saturday Night Fest anjuran Kelab Anak Muda Puncak Alam di sini, semalam.

[caption id="attachment_549233" align="aligncenter" width="718"] Calon Pakatan Harapan Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berbual bersama penduduk Puncak Alam di Saturday Night Fest di Dataran Ecoworld Bandar Puncak Alam pada 12 November 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Penyandang kerusi itu berkata manifesto yang bakal dilancar dalam masa terdekat turut menekankan aspek pendidikan, gaya hidup serta e-sukan.

Bekas menteri kesihatan bakal ditentang Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dari Barisan Nasional, Mohd Noor Mohd Sahar dari Perikatan Nasional dan Mohd Shaid Rosli (Pejuang).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619