AGENDA

Calon HARAPAN Bangi tawar khidmat guaman percuma, program kesihatan mental

13 Nov 2022, 8:53 AM
Calon HARAPAN Bangi tawar khidmat guaman percuma, program kesihatan mental
Calon HARAPAN Bangi tawar khidmat guaman percuma, program kesihatan mental

Oleh Faizal Nazaruddin

SHAH ALAM, 13 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Bangi menawarkan perkhidmatan klinik guaman pencuma jika menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Syahredzan Johan berkata inisiatif tersebut antara inti pati terkandung dalam tiga teras utama yang disediakan kepada penduduk di Parlimen Bangi.

"Antara tiga teras utama, pertama adalah kehidupan sejahtera dengan penumpuan infrastruktur pendidikan, jaringan pengangkutan awam cekap, tambah baik perancangan pencegahan banjir dan taman riadah.

“Teras kedua adalah untuk masyarakat terjaga melibatkan klinik guaman percuma, program kesihatan mental serta perkhidmatan parlimen cekap,” katanya menerusi perkongsian video di Facebooknya.

Beliau berkata teras ketiga yang ditawarkan adalah membantu peniaga kecil dengan program latihan serta peluang pekerjaan dengan kerjasama institut pengajian tinggi dan industri.

“Selain itu kita akan membantu terokai ekosistem usahawan seperti digital dan membantu memulakan usahawan,” ujarnya.

Syahredzan Johan yang juga peguam berkata beliau akan memastikan perlaksanaan dan pembaharuan bersama HARAPAN dapat dijayakan jika terpilih sebagai ahli parlimen.

[caption id="attachment_549303" align="aligncenter" width="500"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Bangi Syahredzan Johan ketika berkempen di pasar pagi Kampung Baru Batu 11, Cheras pada 12 November 2022. Foto ALANG BENDAHARA/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619