AGENDA

MB sasar 5,000 individu terima vaksin pneumokokal, influenza percuma

13 Nov 2022, 7:13 AM
MB sasar 5,000 individu terima vaksin pneumokokal, influenza percuma
MB sasar 5,000 individu terima vaksin pneumokokal, influenza percuma

Oleh Azian Aziz

GOMBAK, 13 NOV: Seramai 5,000 individu terdiri warga emas, 60 tahun ke bawah dan golongan berisiko dijangkiti penyakit di negeri ini disasar menerima vaksin pneumokokal dan influenza percuma mulai hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebagai permulaan, vaksin tersebut diberikan kepada golongan warga emas termasuk yang berada di rumah jagaan orang tua.

"Selepas itu, kita sasarkan pula golongan bawah 60 tahun dikuti golongan komorbiditi yang berdepan masalah kesihatan terutama masalah pernafasan yang teruk.

"Setiap orang akan mendapat dua suntikan vaksin iaitu pneumokokal dan influenza. Jumlah keseluruhan ialah 10,000 dos vaksin percuma (5,000 dos vaksin pneumokokal, 5000 dos vaksin influenza),’’ katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau program Vaksinasi Selcare di Surau Al–Hidayah, Taman Keramat Permai melibatkan kira-kira 200 individu di sini, hari ini.

Amirudin memaklumkan program vaksin secara percuma diteruskan pada tahun hadapan jika inisiatif tersebut mendapat sambutan.

"Jika dapat sambutan mungkin saya boleh masukkan dalam bajet tahun depan sebab saya masih dalam rangka bajet, kita boleh jadualkan pada 25 November ini,’’ katanya.

Pada 10 November, Amirudin mengumumkan dana RM1.5 juta dalam menyediakan 10,000 dos vaksin secara percuma bagi memastikan kesihatan penduduk berisiko tinggi terpelihara.

Dato’ Menteri Besar berkata fasa pertama program yang bermula pada 14 November sehingga 31 Disember ini menyasarkan rumah jagaan orang tua, warga emas dan pemegang kad Iltizam Selangor Sihat (ISS).

Tambah beliau inisiatif tersebut dijayakan Jawatankuasa Kesihatan Awam dan Majlis Penasihat Kesihatan Awam Selangor (Selphac).

[caption id="attachment_549273" align="aligncenter" width="500"] Petugas kesihatan memeriksa tekan darah sebelum membenarkan suntikan vaksin pneumokokal dan influenza kepada warga emas ketika program Vaksinasi Selcare di Keramat Permai, Gombak pada 13 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619