AGENDA

Calon HARAPAN Sungai Buloh tandatangan aku janji derma gaji ahli parlimen

13 Nov 2022, 6:30 AM
Calon HARAPAN Sungai Buloh tandatangan aku janji derma gaji ahli parlimen
Calon HARAPAN Sungai Buloh tandatangan aku janji derma gaji ahli parlimen

PETALING, 13 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Sungai Buloh menandatangani aku janji tidak mengambil gaji ahli Parlimen jika menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Datuk R Ramanan berkata akuan ditandatangani semalam sebagai mengotakan janji untuk menderma gaji kepada rumah ibadat seperti yang diumumkannya pada minggu lalu.

“Saya tak akan ambil gaji, elaun jika jadi ahli Parlimen. Pihak lawan kata nanti kita putar belit jadi semalam saya tandatangan akuan sumpah. Ini inisiatif saya sendiri.

“Jumlah gaji, elaun ahli parlimen akan disumbang kepada masjid, surau, kuil, tokong dan gereja. Saya berkhidmat secara percuma jika menang PRU15. Ini khidmat saya kepada negara,” katanya.

Beliau berucap dalam program gotong-royong mencegah denggi bersama komuniti taman perumahan Sungai Buluh Country Resort Fasa 3C, hari ini.

Pada 5 November ketika berceramah di Paya Jaras, Ramanan memaklumkan tidak akan mengambil gaji walaupun RM1 dan wang berkenaan bakal diagih kepada rumah ibadat.

[caption id="attachment_549263" align="aligncenter" width="500"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sungai Buloh Datuk R Ramanan bersarapan bersama penduduk Kg Melayu Subang di Warung Subang Pit Stop, Kg Melayu Subang pada 11 November 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619