AGENDA

Calon cadang SPR wujudkan SOP pasang bendera ketika kempen

13 Nov 2022, 5:09 AM
Calon cadang SPR wujudkan SOP pasang bendera ketika kempen

Oleh DIANA ABD WAHAB

HULU SELANGOR, 13 NOV: Tatacara operasi piawai (SOP) perlu diwujudkan sebagai panduan kepada parti politik untuk memasang bendera atau kain rentang ketika berkempen pilihan raya.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Hulu Selangor mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan garis panduan dengan mengambil kira aspek keselamatan, kebersihan dan pencemaran alam sekitar.

“Saya fikir untuk jangka masa panjang. Memang kita perlukan bendera dan kain rentang untuk tambah ‘umphh’ kempen pilihan raya, tapi bukan di merata-rata tempat hingga ancam keselamatan pengguna jalan raya.

“Semua orang terutama jentera parti semangat berkobar-kobar, kita hargai perkara itu, tapi kita perlu buat dengan cara yang betul dan patuhi peraturan," kata Dr Sathia Prakash Nadarajan.

Jelasnya, beliau pernah menegur jentera parti yang memasang bendera sehingga menghalang lalu lintas sekali gus membahayakan pengguna jalan raya.

Beliau juga menegaskan perkara itu perlu diberi perhatian segera sebelum isu sabotaj pihak lawan atau ‘perang’ bendera berterusan sehingga menjadi virus dalam masyarakat.

“Cukup-cukuplah kita lawan pasang bendera. Rakyat tak terpengaruh dengan bendera. Tak bermakna pasang banyak bendera kita akan menang di kawasan itu," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619