AGENDA

Peniaga terjejas kesan inflasi, jualan murah Kerajaan Negeri membantu

13 Nov 2022, 3:52 AM
Peniaga terjejas kesan inflasi, jualan murah Kerajaan Negeri membantu
Peniaga terjejas kesan inflasi, jualan murah Kerajaan Negeri membantu
Peniaga terjejas kesan inflasi, jualan murah Kerajaan Negeri membantu
Peniaga terjejas kesan inflasi, jualan murah Kerajaan Negeri membantu

Oleh ABDUL RAHIM SABRI

KLANG, 13 NOV: Peniaga kecil terkesan dengan kenaikan harga barang namun program jualan murah Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri membantu golongan itu.

Peniaga yang ditemui menyatakan pengumuman Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 30 Ogos 2022 memberi penjimatan kepada mereka.

[caption id="attachment_549241" align="alignleft" width="345"] Mohd Sahrin Nawari[/caption]

"(Saya) ada sertai (Jelajah Ehsan Rakyat). Alhamdulillah boleh jimat sikit dengan harga murah, ayam harga RM10.

"Kalau boleh ia diteruskan, sebab (membantu rakyat) yang duduk kampung, tak ada gaji. Banyakkan bantuan dan kena naik sikit, kalau boleh barang dalam JER ada lain daripada asal," kata Mohd Sahrin Nawari, 55.

Peniaga nasi lemak itu berkata mereka terjejas dengan kenaikan harga barang sekarang terutama barangan dapur.

"Sekarang telur pun tak ada. Saya berniaga nasi lemak, kebiasaan modal RM100 tetapi sekarang naik dan pendapatan pun tak menentu kerana musim hujan," katanya ditemui ketika tinjauan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) di Kapar.

[caption id="attachment_549242" align="alignright" width="349"] Ahmad Fuad Mat Yusof[/caption]

Sementara itu, dua peniaga lain menyatakan kenaikan harga barang turut menjejaskan keuntungan mereka.

"Kami berniaga kecil-kecilan, keuntungan tak tinggi dan bila nak naikkan harga barang pelanggan kata harga tinggi menyebabkan kami terpaksa jual harga hampir sama dengan kos bahan mentah.

"Keuntungan kami turun antara 30 hingga 40 peratus, jualan banyak bergantung kepada pembeli dan kuasa membeli pula rendah, mereka juga perlu beli barang lain," kata peniaga kendera saji (food truck) Ahmad Fuad Mat Yusof, 53.

[caption id="attachment_549243" align="alignleft" width="347"] Mohd Zaini Satim[/caption]

Bagi peniaga kecil nasi lemak, Mohd Zaini Satim, 53, pembeli terpaksa berkira-kira untuk membeli hari ini dan peniaga sepertinya berdepan dengan kenaikan harga barang.

"Sebelum ini saya jual jus mangga, susu naik kira-kira 40 peratus, harga mangga tak turun dulu RM40 sekarang lebih RM100, saya tak boleh buat (jus mangga) malah untung dulu boleh RM200 sehari sekarang nak dapat RM60 ke RM70 pun susah.

"Orang ramai ketika ini terpaksa berkira-kira walaupun RM3 segelas. Saya kemudian berniaga nasi lemak, sudah lima hari tapi perlahan dari 7.30 pagi hingga tengah hari ini ada baki lebih 40 bungkus lagi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619