AGENDA

Altimet manfaat status anak seni bantu kempen calon HARAPAN Ampang

12 Nov 2022, 7:15 AM
Altimet manfaat status anak seni bantu kempen calon HARAPAN Ampang

AMPANG, 12 NOV: Kelebihan sebagai selebriti dimanfaatkan Altimet untuk mendekati pengundi Parlimen Ampang supaya memilih pemimpin yang boleh membawa perubahan dan menstabilkan negara.

Pemilik nama Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, 43, percaya status anak seni mampu mempengaruhi rakyat memilih Pakatan Harapan (HARAPAN) berikutan gabungan itu mempunyai hala tuju jelas.

"Tidak dinafikan penghibur, pelawak, pelakon dan penyanyi ada pengaruh tersendiri. Alhamdulillah saya rasa pengaruh itu satu rezeki buat saya yang perlu digunakan sebaiknya.

"Kita boleh minta orang buat baik, berhenti buat jahat dan paling penting prihatin arah tuju negara untuk bersama-sama menyumbang ke arah demokrasi negara," kata penyanyi rap tersohor itu.

Beliau yang ditemui di Masjid Bukit Antarabangsa semalam memaklumkan kempen pilihan raya bagi memenangkan calon HARAPAN Rodziah Ismail di Parlimen Ampang lancar dan dalam fasa pecutan.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Ampang itu juga yakin Rodziah berpeluang mendapat mandat rakyat berdasarkan prestasi cemerlang sebagai EXCO negeri dan wakil rakyat Batu Tiga.

"Pada hari pertama dan kedua, kita 'warm up' (panaskan badan) dulu. Tidak boleh pecut terus, tetapi sekarang momentum sudah ada dan jentera parti sangat sibuk.

"Insya-Allah, kita nampak peluang beliau (Rodziah untuk menang) dan berupaya berkhidmat untuk Ampang," kata pelantun lagu Amboi itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619