AGENDA

Calon HARAPAN Bangi minat sastera Melayu lama, banyak kisah teladan

12 Nov 2022, 3:27 AM
Calon HARAPAN Bangi minat sastera Melayu lama, banyak kisah teladan
Calon HARAPAN Bangi minat sastera Melayu lama, banyak kisah teladan
Calon HARAPAN Bangi minat sastera Melayu lama, banyak kisah teladan

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 12 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Bangi meminati sastera Melayu lama khususnya penulisan hikayat termasuk Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu.

Syahredzan Johan yang juga pengamal undang-undang sering mengambil petikan dari Sejarah Melayu sebagai rujukan atau metafora dalam penyampaian dan penulisannya.

[caption id="attachment_549044" align="alignright" width="234"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Bangi Syahredzan Johan. Foto BERNAMA[/caption]

“Saya datang daripada keluarga sastera, kisah-kisah hikayat dan penyajak memang menjadi kebiasaan dalam kehidupan ketika saya membesar.

“Saya melihat Sulalatus Salatin sebagai kuarza sejarah. Jika kita tengok, banyak kisah yang kita ketahui seperti Badang, Singapura dilanda todak dan sebagainya berasal daripada Sulalatus Salatin," katanya.

Syahredzan menambah banyak pengajaran dari kisah buku tersebut termasuk nilai moral dan teladan yang boleh dikaitkan dalam konteks moden.

"Antaranya kisah pemerintah tamak yang menjadi punca kejatuhan negara, kisah pembesar yang tidak pentingkan rakyat dan kisah pemerintah zalim hingga rakyat memberontak. Semua terangkum dalam Sulalatus Salatin," katanya.

Berikut kegemaran lain Syahredzan:

Filem: Jurassic Park

Artis tempatan: M Nasir

Artis antarabangsa: Blackpink, Utada Hikaru

Pasukan bola sepak: Selangor, Everton

Makanan: Roti canai

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619