AGENDA

Harga barang naik bebankan rakyat, kerajaan baharu digesa prihatin

11 Nov 2022, 4:44 AM
Harga barang naik bebankan rakyat, kerajaan baharu digesa prihatin
Harga barang naik bebankan rakyat, kerajaan baharu digesa prihatin
Harga barang naik bebankan rakyat, kerajaan baharu digesa prihatin

OLEH Alang Bendahara

SHAH ALAM, 11 NOV: Terpaksa ikat perut dan memandu berpuluh kilometer kerana mahu membeli barang dapur yang murah antara keluhan penduduk Sungai Besar berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kebanyakan penduduk ditemui di pekan Sekinchan mengakui harga makanan dan barangan kini semakin membebankan malah mahu kerajaan baharu akan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengambil perhatian serius.

[caption id="attachment_548845" align="alignright" width="355"] Rosmah Omar. Foto NUR ADIBAH AHMADIZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Saya hidup berdua sahaja bersama suami, namun kami dapat lihat ia memberi kesan kepada jiran serta kenalan yang mempunyai keluarga besar.

"Saya tinggal di Shah Alam tetapi sanggup datang ke Pasar Awam Sekinchan untuk beli ikan dan produk laut lain yang murah,” kata pesara awam Rosmah Omar, 57.

Peniaga makanan Arbain Jelani, 56, berkata beliau dan keluarga perlu membuat kerja sampingan membuka gerai makanan bagi menambah pendapatan.

[caption id="attachment_548846" align="alignleft" width="350"] Arbain Jelani. Foto NUR ADIBAH AHMADIZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Kami amat berharap agar ahli politik dipilih prihatin dan akan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini,” ujarnya.

Bagi pesawah M Thavarajh, 63, masalah harga barang meningkat bukan hanya berlaku kepada barangan dapur tetapi turut dialami dalam pertanian.

"Orang ingat barangan dapur sahaja naik tapi kami petani juga terjejas akibat kenaikan harga baja dan racun. Walaupun ada subsidi dan insentif lain tetapi harga tetap naik," katanya.

Keadaan itu menyebabkan petani terpaksa tampung kos tinggi dan harga produk tanaman juga naik apabila dijual kepada pengguna.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619