AGENDA

Calon HARAPAN rancang bina pusat rehat 'rider' di Gombak, lengkap pelbagai kemudahan

10 Nov 2022, 7:38 AM
Calon HARAPAN rancang bina pusat rehat 'rider' di Gombak, lengkap pelbagai kemudahan

GOMBAK, 10 NOV: Dato’ Seri Amirudin Shari akan menyediakan sebuah pusat rehat pekerja e-panggilan yang dilengkapi pelbagai kemudahan.

Premis dibangunkan dengan kerjasama awam, swasta dan komuniti itu mempunyai kemudahan berehat, capaian jalur lebar, pengecas telefon pintar, bilik mandi dan ruang solat.

"Ia dapat memelihara dan membela kesihatan penunggang e-panggilan," kata Amirudin yang juga Dato' Menteri Besar pada sidang media mengumumkan Deklarasi Gombak Bermaruah hari ini.

Pada 2020, Amirudin melancarkan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang menawarkan bantuan lebih RM500 untuk membantu belia menambah pendapatan dalam sektor ekonomi sampingan.

Program itu memberi manfaat kepada hampir 6,000 belia membabitkan perbelanjaan RM4 juta.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Gombak turut mengumumkan beberapa inisiatif untuk orang muda sekiranya beliau menang pada 19 November depan.

  • sedia padang dan tapak futsal
  • bina kompleks sukan pelbagai guna
  • tawar latihan kemahiran tekninal
  • sedia pusat belia Gombak
  • sedia peluang kerja berkualiti dan gaji tinggi
  • tingkat keselamatan kewangan dan pelihara kesihatan mental

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619