AGENDA

Calon Hulu Selangor pandang serius isu pekerjaan, muflis golongan muda

10 Nov 2022, 6:58 AM
Calon Hulu Selangor pandang serius isu pekerjaan, muflis golongan muda

OLEH DIANA ABD WAHAB

HULU SELANGOR, 10 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Hulu Selangor berpendapat isu pekerjaan dalam kalangan anak muda perlu dipandang serius.

Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata golongan muda perlu diberi peluang dan latihan serta tunjuk ajar yang betul untuk mendapat pekerjaan sesuai.

"Lebih 5,000 kilang di Hulu Selangor, namun kebanyakannya warga asing dengan alasan rakyat Malaysia khususnya anak muda malas. Padahal anak muda kita tak diberi apa yang sepatutnya.

"Kalau diberi dengan tunjuk ajar yang betul, latihan yang betul, saya rasa persepsi anak muda kita malas tidak akan ada lagi,” katanya dalam ceramah kelompok di Bilik Gerakan Sungai Choh, di sini.

Selain itu, Dr Sathia berkata isu muflis akibat kad kredit membabitkan anak muda juga tidak boleh dibiar.

Beliau mencadangkan satu sistem diwujudkan untuk memberi pengetahuan pengurusan kewangan kepada golongan berkenaan.

“Saya pernah bertemu sekumpulan anak muda yang kata saya dapat kad kredit, sekarang saya bangkrap (muflis). Ini salah siapa? Salah anak muda ke? Anak muda tak tahu bagaimana nak guna kad kredit.

“Kita perlu wujudkan satu sistem yang beri tunjuk ajar, apa yang perlu pinjam apa yang tak perlu pinjam supaya anak muda celik kewangan. Ini sangat penting,” katanya ketika ceramah kelompok di Bilik Gerakan Sungai Choh, di sini.

Dr Sathia yang menjadi ahli parti sejak 2008 berdepan saingan tiga penjuru melibatkan penyandang tiga penggal yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor June Leow Hsiad Hui dan seorang lagi, Azizan Zakaria.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619