AGENSI

Paras air laut cecah 4.88 meter, penduduk Klang diminta waspada

9 Nov 2022, 9:57 AM
Paras air laut cecah 4.88 meter, penduduk Klang diminta waspada
Paras air laut cecah 4.88 meter, penduduk Klang diminta waspada

SHAH ALAM, 9 NOV: Penduduk Klang diminta waspada dengan keadaan sekeliling berikutan cuaca buruk yang diramal melanda daerah itu malam ini.

Pejabat Daerah Tanah/Klang menerusi Facebook memaklumkan Pusat Hidrogafi Nasional meramalkan air laut di Pelabuhan Klang dijangka berada pada paras  4.88 meter bermula 6.40 petang ini.

"Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan kejadian ribut petir di beberapa tempat pada sebelah petang di Daerah Klang dan hujan di beberapa tempat di sebelah malam.

"Sentiasa bersedia dan peka dengan keadaan sekeliling. Laporkan sebarang kejadian bencana banjir di talian perhubungan bencana Daerah Klang," katanya.

Berikut talian kecemasan yang boleh dihubungi jika berlaku bencana di Klang:

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619