AGENDA

Hujan tidak halang Rodziah dekati penduduk, manfaat media sosial jika cuaca buruk

9 Nov 2022, 5:18 AM
Hujan tidak halang Rodziah dekati penduduk, manfaat media sosial jika cuaca buruk
Hujan tidak halang Rodziah dekati penduduk, manfaat media sosial jika cuaca buruk
Hujan tidak halang Rodziah dekati penduduk, manfaat media sosial jika cuaca buruk

Oleh SHAMZ JOHAN

AMPANG, 9 NOV: Hujan lebat tidak menghalang Rodziah Ismail menyantuni penduduk sekitar Ampang dalam siri kempennya petang semalam bagi memastikan Parlimen itu kekal milik Pakatan Harapan (HARAPAN).

Berbekalkan pengalaman tiga penggal menjadi Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, beliau tidak kekok turun padang menyantuni penduduk malah cekap mencari jalan alternatif untuk kekal berhubung walau dalam apa jua keadaan.

Ditemui dalam program Walkabout di pasar malam Bandar Baru Ampang, EXCO Kerajaan Negeri itu berkata, “Buat masa ini, kita redah pasar malam walau hujan pun kita kempen.

“Kali ini, memang kena kreatif. Kita akan manfaatkan media sosial untuk bertemu dengan pengundi kalau keadaan tak mengizinkan,” katanya.

[caption id="attachment_548439" align="aligncenter" width="714"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Ampang Rodziah Ismail menyantuni pengunjung dan peniaga pasar malam Bandar Baru Ampang, Ampang Jaya pada 8 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir lebih kerap pada sebelah petang hingga malam yang dijangka berlaku di negeri di pantai barat Semenanjung termasuk Selangor mulai semalam hingga 11 November.

Terdahulu, Rodziah meluangkan masa menziarahi penduduk di Pangsapuri Kemboja Taman Ampang Indah di sini, bagi mendengar keluhan dan keperluan mereka.

“Saya akan terus berusaha untuk santuni rakyat di Ampang ini dengan cara dan kaedah (bertemu penduduk) ini, Insya-Allah," katanya.

[caption id="attachment_548349" align="aligncenter" width="727"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Ampang Rodziah Ismail beramah mesra dengan penduduk Pangsapuri Kemboja Taman Ampang Indah, Ampang Jaya pada 8 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Rodziah mencabar Datuk Zuraida Kamaruddin yang mempertahankan kerusi disandang mewakili Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Zuraida memegang kerusi itu selama tiga penggal atas tiket Parti Keadilan Rakyat tetapi meninggalkan parti tersebut pada Februari 2020.

Turut bertanding Ketua Beliawanis MCA Ivone Low Yi Wen mewakili Barisan Nasional, Sasha Lyna Abdul Latif (Perikatan Nasional), Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang), Lai Wai Chong (Warisan) dan tiga calon Bebas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619